Isu kontroversi Abdul_Khalid_Ibrahim

Menyertai PKR

Pada 25 April 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak menuduh Khalid Ibrahim kecewa kerana tidak mendapat 20 % saham Guthrie. Mulanya beliau meminta 6.5 % pada 1994 dan meningkat kepada 20 %. Untuk 6.5% dia terpaksa meminjam RM175 juta. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menulis surat kepada pengerusi PNB, Tun Ismail Mohd Ali agar saham diberikan kepada Khalid Ibrahim. Ismail Mohd Ali ialah abang ipar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.Tan Sri Mohd Desa Pachi pula menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pertama PNB. [5]

Bekalan air Selangor

Rencana utama: Projek Langat 2

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bercadang menaikkan tarif air di Selangor. Keputusan kenaikan tarif air akan dibuat oleh kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan Selangor akan membuat beberapa cadangan supaya perkara ini tidak akan membebankan rakyat. Strategi pengurusan air kerajaan Pulau Pinang yang kosnya dikatakan lebih rendah daripada Selangor akan diteliti.[6]

Perjanjian konsesi air antara kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun (1 Jan 2005 hingga 31 Dis 2034), tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Jan 2009, tetapi dilanjutkan kepada 31 Mac 2009 bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor menyusun semula industri air. Perjanjian konsesi itu boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula jika semua aset pemegang konsesi air diserahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Penilaian semua aset Puncak Niaga, SYABAS, ABASS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) sedang dirunding. Puncak Niaga menetapkan lebih RM6 bilion sebagai nilai pengambilalihan semua aset berkenaan oleh kerajaan negeri Selangor.

Oleh kerana Syabas telah melanggar beberapa terma penting yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi selama 30 tahun maka Selangor meminta kerajaan persekutuan membatalkan perjanjian konsesi itu. Antara laporan Jabatan Audit Negara ialah :

  • Ada projek yang tidak ditender dan lebih RM500 juta daripada kontrak itu dibuat secara rundingan langsung. Selain itu ada beberapa perbelanjaan yang tidak mengikut syarat dan terma perjanjian konsesi.
  • Syabas membelanjakan lebih RM50 juta untuk menaik taraf pejabatnya di Shah Alam sedangkan Jabatan Kawal Selia Air Selangor (JKAS) hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM23.2 juta pada 2005.[7]

Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) diadakan berikutan Kerajaan Persekutuan atas nasihat pakar termasuk dari Jepun meramalkan Lembah Klang akan berhadapan dengan krisis air seawal tahun 2014. Oleh itu loji tambahan dibina di Hulu Langat perlu dibina bagi kawasan yang selalu terjejas dengan bekalan air. Khalid Ibrahim dan pemimpin PR berterusan mendakwa projek itu membazir, akan membebankan caj pengguna. Namun akhirnya MOU ditandatangani selepas kerajaan persekutuan bersetuju membantu pengambilalihan aset pemegang konsesi air oleh kerajaan negeri, antara Khalid dengan Kerajaan Persekutuan yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pemimpin PR terkejut dengan MOU itu kerana mereka tidak mengetahuinya.[8]

Tender rundingan terus

Pada 12 April 2008, Abdul Khalid Ibrahim menghapuskan tender rundingan terus kepada kontraktor Bumiputera kerana 98 % diperoleh dan dilaksanakan oleh kumpulan tertentu ketika Barisan Nasional / UMNO memerintah Selangor. Walaupun nama syarikat berbeza tapi pemegang saham dalam syarikat itu tetap sama. Kontraktor terbabit tidak akan disenaraihitamkan kecuali jika kontraktor terbabit gagal melaksanakan projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. 'Pena sakti' Menteri Besar tidak diperlukan untuk mendapatkan tender kerajaan negeri. Keputusan tender ditentukan oleh semua anggota Exco dan pegawai yang terlibat.[9]

Perhimpunan 14 April

Perhimpunan 14 April tanpa permit sempena pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Abdul Khalid selaku Presiden Kelab Sultan Sulaiman meminta nasihat daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Zauyah T. Lothy Khan dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Ramli Mahmud dan pihak PDRM kerana premis tersebut berpagar dan bukan kawasan terbuka. Perhimpunan itu sepatutnya tamat jam 11.00 malam tetapi ditamatkan oleh pihak polis pada jam 10.30 malam ketika Anwar Ibrahim sedang berucap. Lebih 7000 hadir dan menyebabkan kesesakan teruk di Kampung Baru Kuala Lumpur. [10]

Dana Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat

Pada 23 Jun 2008, beberapa syarikat swasta memberi sumbangan bagi Sambutan 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang didepositkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR). bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa tindakan itu tidak selaras wawasan Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim berikrar akan membekukan sumbangan tersebut, dipindahkan dari akaun PKR ke akaun kerajaan negeri Selangor dan mengucapkan kad ucapan terima kasih kepada syarikat penderma terbabit.[11]

Polis mengiringi pemimpin

Pada 15 Disember 2008, beliau mendakwa konvoi polis mengiringi Menteri Besar Selangor dan pemimpin lain akan menyekat kemesraan dan hubungan yang sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat. Oleh itu saranan anggota Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Suhaimi Shafiei agar pemimpin diiringi oleh pasukan keselamatan tidak perlu. Isu ini berbangkit selepas ancaman 'serangan bogel' Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) dan mengejar Menteri Besar Selangor di majlis-majlis perasmiannya bagi membawa tuntutan mereka berhubung kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).[12]

Lembu korban 2008

25 Januari 2009, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjanji mendedahkan belanjawan kerajaan negeri Selangor Barisan Nasional pimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir ToyoDewan Undangan Negeri Selangor. Harapan beliau agar tidak bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Sebelum itu, Dr Mohamad Khir mengaku memiliki salinan minit mesyuarat bertarikh 28 November 2008 yang disahkan Menteri Besar yang mengarahkan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selangor Incorporated Corporation (SIC) membiayai RM110,400 untuk pembelian 46 ekor lembu bagi ibadah korban dan peruntukan itu perlu ditanggung anak syarikat kerajaan negeri yang lain. Selain itu resit pembayaran RM110,400 bertarikh 16 Disember 2008 . Semua bukti itu diposkan kepada Dr Khr. 46 ekor lembu disedekahkan kepada surau-surau di Bandar Tun Razak sebagai satu tanggungjawab sosial korporat. Bandar Tun Razak bukan lagi dalam negeri Selangor tetapi di bawah pentadbiran Wilayah Persekutuan dan Khalid Ibrahim menjadi ahli parlimennya. Khir Toyo cuba membabitkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak gemar wang kerajaan negeri Selangor disalurkan ke Wilayah Persekutuan atau negeri lain. Selepas ini negeri lain seperti Terengganu akan bertindak dalam cara yang sama. [13]

Kes ini disiasat oleh SPRM tetapi kemudiannya ditutup bersama kes-kes lain pada 12 Februari 2010.[14]

Perakam video di pejabat

Pada 11 Ogos 2010, sebuah perakam video dijumpainya sendiri di kain langsir pejabatnya di SUK Shah Alam.[15] Ia dipercayai untuk mengintip sebarang pertemuan , aktiviti dan perbualan Menteri Besar itu. Alat itu dikesan selepas terdengar bunyi bateri lemah. Kes itu belum dilapor kepada polis kerana mahu menyiasat sendiri terlebih dahulu.

Rujukan

WikiPedia: Abdul_Khalid_Ibrahim http://www.astroawani.com/news/show/khalid-ibrahim... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm//news.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php...